Facebook Breakup Notifier-melihat status perhubungan kawan

Al-kisah ada sorang mat saleh ni namanya Loewenhertz, terdengar perbualan tunangnya dengan bakal mak mentua tentang adiknya yang sedang mencari pasangan. Lalu dengan cara bergurau,Loewenhertz mengatakan samada bakal adik iparnya tu nak tau status perhubungan seseorang yang dia minat. Lalu timbul idea buat aplikasi ni.Namanya Breakup Notifier App.

Aplikasi ni menyebabkan kita yang menggunakannya tahu sape-sape yang dah putus hubungan. Tapi kat Malaysia ni,terutama orang Melayu ni payah sikit nak putus-putus ni. Terutama jika dah bekerja dan berkerjaya.Kalau dah bercinta masa ni memang cepat je kahwin. Kebanyakannya dua tahun bekerja dah kahwin. Kalau masa belajar,kemungkinan untuk putus hubungan tu masih ada.

Mungkin ada baik buruknya aplikasi ni. Kalau jenis mengharap kasih yang satu tu, mau hari-hari refresh laman Facebook nak tengok status hubungan yang dia minat. Jadi, kata Loewenhertz aplikasi ni boleh membantu.Aplikasi ni boleh bagi notification tentang perubahan status seseorang yang kita minati. Kalau dulu single, mungkin pastu in relationship atau married. Begitu juga sebaliknya. Macam mengintip lak rasanya.

Saya rasa aplikasi ni sesuai untuk wartawan artis yang suka menyibuk tentang status perhubungan sorang artis yang dia sedang intip. Bolehla cuba. Hahaha.

Related posts:

  1. 8 tips yang cool tentang Facebook status
  2. 10 Tips ubahsuai Facebook yang mungkin kita tak tahu
  3. Menghasilkan profile Facebook yang lebih kreatif

Speak Your Mind

*