Dapatkan fail yang telah permanently delete

Katakan pada suatu hari anda putus cinta kononnya disebabkan orang ketiga. Pada hari anda putus tu, anda delete secara kekal atau permanent gambar-gambar awek anda dalam komputer.Maksudnya, gambar tu tiada lagi dalam recycle bin. Selepas seminggu, barulah anda tahu orang ketiga yang anda sangka tu abang tiri dia. Contoh situasi lain yang seperti komik saya tempoh hari.

Soalan: Boleh tak dapatkan gambar-gambar tu balik setelah di’delete’ secara kekal atau permanent?

Jawapan: Boleh, sekiranya fail yang telah di’delete’ tu belum lagi di’overwrite’.Ini kerana Windows bukannya delete fail tersebut, tetapi sebaliknya ia hilang daripada pandangan OS. Tetapi, jika selepas anda delete fail tu, kemudian anda install macam-macam atau copy fail macam-macam, peluang untuk dapatkan kembali mungkin tipis.
Bagaimanapun, baru-baru ni saya membuat penemuan bahawa selepas format komputer pun kita masih berpeluang mendapatkan fail yang telah hilang akibat diformat. Syaratnya macam saya bagitau belum lagi di’overwrite’ oleh fail-fail Windows dan perisian yang kita.

Apa yang perlukan hanya perisian Recuva, perisian percuma yang boleh didapati di laman web di sini. Selepas install, Recuva akan pop-up search Wizard seperti rajah-rajah di bawah.

Langkah 1:

Langkah 2: Contoh jenis fail yang boleh kita cari.

Langkah 3:

Langkah 4: Klik butang Start untuk memulakan pencarian fail yang telah di’delete’. Klik kotak Enable Deep Scan untuk carian lebih mendalam. Ia memakan masa yang lebih lama.

Ini adalah contoh hasil carian fail video yang telah hilang akibat diformat selepas saya buat Deep Scan.

Related posts:

  1. Tips mengurus icon dan fail di desktop
  2. Trick laman web yang kadang-kadang menganggu dan ada yang menarik
  3. Part 1: Cara nak speed up Windows 7
  4. Perisian ebook yang menarik untuk dicuba minggu ni
  5. iDuplicate File Finder

Comments

  1. Bagus2 bang :)

Speak Your Mind

*