Commodore 64 komputer lama versi teknologi baru

Commodore 64 merupakan antara komputer generasi awal sekitar 80-an. Diperkenalkan pada 1982, 8-bits komputer peribadi ini mempunyai 64KB memori dan lebih advance daripada komputer IBM pada masa itu. Kalau anda perasan pada post Perintis Teknologi Masa Kini, ada salah satu gambar komputer Atari yang juga saingan kepada Commodore 64.

Bagaimanapun, itu cerita dulu. Kini, Commodore 64 telah diubahsuai komponen dalamannya kepada baru. Rekabentuknya masih sama, cuba ditambah dengan port-port yang terkini,pembaca memori kad dan BlueRay DVD.Ia kelihatan sangat nostalgia bagi penggemar dunia komputer yang berubah pantas.

Menurut syarikat yang membuatnya, sambutan amat menggalakkan dan memang di luar jangkaan.Ini kerana di zaman iPad dan iPhone,masih ada lagi peminat komputer retro seperti ini. Tapi kalau sesiapa memiliki ni memang cool!Harapnya ada la kat Mesia.

Sumber:NYTimes

Related posts:

  1. Perintis teknologi masa kini
  2. Angry Birds akan keluar versi PC
  3. 2011- Dekad untuk tablet PC
  4. Kronologi sejarah komputer
  5. Iklan Internet di awal 90-an

Speak Your Mind

*