10 Tips ubahsuai Facebook yang mungkin kita tak tahu

1. Sorok news feed yang kita tak nak
Kadang-kadang ada kawan-kawan kita yang suka update status setiap jam sekali menyebabkan status update kawan-kawan kita yang lain pun terjumpa.Biasanya kawan-kawan kita yang berniaga internet ni la.Caranya mudah saja. Klik pangkah pada status update dia dan kita akan jumpa Hide all by <nama kawan>.Kalau orang tak dikenali, ‘Mark as spam‘ je.

2. Kategorikan senarai kawan-kawan
Cuba anda perhatikan profile kecil kita di laman Home dan ada link untuk Create Group. Itu bukannya nak cipta group page,tapi untuk kategorikan kawan-kawan kita.

Selepas klik Create Group, masukkan maklumat Group kawan-kawan kita. Pilih Privacy Setting untuk Group kawan kita.
Kemudian, pergi ke Account–>Edit Friends. Anda akan jumpa group yang telah cipta di sebelah kiri laman.
Selepas itu, tetapkan kawan-kawan mengikut group yang telah dicipta.
3.Tapis new feeds mengikut kategori
Selepas cipta group, kat new feeds tu bolehla kita tapis mengikut kategori kawan-kawan dan kategori yang telah disediakan oleh Facebook.

4. Buang notification Facebook dari email kita
Anda pergi semak email yang anda daftar di Facebook. Bagaimana?Banyak email dari Facebook bukan?Itu hanya Notification dari Facebook bila gambar anda ditag,atau ada komen,status update dan lain-lain. Untuk mengelakkan inbox kita penuh, pergi ke Account–>Account Settings dan pilih tab Notifications.

Uncheck checkbox anda untuk mengelakkan dapat email daripada Facebook. Pilih yang mana penting sahaja.
5.Sorokkan status  update kita
Status update kita boleh ditetapkan paparannya samada hanya untuk kawan-kawan atau awek sendiri atau tak nak mak kita tengok.

Kalau tak nak ada sesetengah kawan atau famili kita tengok status update kita, boleh pergi ke Customize–>Hide this From. Kemudian Save Setting.

6.Tetapkan privacy setting
Privacy setting ni yang selalu menjadi isu berkenaan dengan Facebook. Kita boleh tetapkan privacy mengikut apa yang kita nak. Pergi ke Account–>Privacy Settings. Kemudian, anda boleh klik pada customize settings.

7.Delete kawan daripada senarai
Sebenarnya ada cara nak delete kawan kita daripada senarai. Kalau anda mempunyai ramai kawan sehingga beribu-ribu mungkin anda tak perasan ada yang telah delete anda daripada senarai kawan. Caranya pergi ke Account–>Edit Friends.

Klik tanda X pada senarai kawan yang kita nak delete tu.
8.Customize senarai chatting di Facebook
Kadang-kadang tak semua kawan kita nak chatting. Mungkin dekat Facebook ni anda suka berchatting dengan famili je ke. Kita boleh tetapkan begitu. Klik chat pada bawah kanan laman web Facebook. Pilih Friend Lists dan pilih senarai yang kita nak lihat. (seperti rajah di bawah)

Jika anda tak suka chat di Facebook, anda boleh tutup di Options–>Go Offline.

9.Sorokkan gambar yang telah ditag di profile kita
Biasanya bila orang tag gambar kita, imej tu akan dipaparkan di profile kita. Kadang-kadang takde gambar kita pun(biasanya kita kena tag gambar barang yang dijual) sehingga menjejaskan profile kita. Gambar tu kita boleh sorokkan dengan klik X pada sudut atas kanan (Seperti rajah di bawah).

10.Paparkan kategori senarai kawan di ruangan profile Facebook
Walaupun kita dah kategorikan kawan-kawan kita tu mengikut sedap mulut kita je, tapi ia tidak ditunjukkan pada profile kita. Apa yang kita harus lakukan ialah pergi ke Edit Profile–>Featured People.

Pada senarai kawan kita hanya ada friends dan family. Jadi klik pada Add an existing list or group.

Satu tetingkap akan keluar. Pilih group yang kita nak paparkan pada profile kita dan klik Add.

Group kita akan nampak di sebelah kiri profile kita.

Ini memudahkan kawan-kawan kita nak cari kawan dia pada kategori kawan yang kita ada.Ada faham tak?

Menghasilkan profile Facebook yang lebih kreatif

Anda mahu profile anda lebih cool dan kreatif? Mungkin anda pernah tengok gambar di bawah. Sejak Facebook melancarkan profile terbaru, terdapat orang yang mencipta profile mereka supaya lebih cantik dan cool.

Macam mana mereka lakukannya? Jawapannya mudah sahaja. Terdapat aplikasi Facebook yang mampu melakukannya iaitu FBPhotoMagic. Ikuti workshop ini.

Klik pada butang START
Klik butang Allow.
Upload gambar yang bersesuaian.
Ini contoh gambar saya yang sesuai untuk di photo magickan.
Klik butang Preview untuk melihat hasilnya sebelum Save sebagai profile kita yang terbaru.

Sebenarnya susah nak cari gambar yang sesuai untuk profile semacam ni. Saya hanya menjumpai hanya dua gambar yang sesuai dalam beratus-ratus gambar dalam komputer saya.

3 website online votes dan tutorial

Tengahari tadi selepas lunch bebudak ofis cadang nak buat farewell party untuk ada sorang staff tu. Dari semalam lagi bincang masih tak dapat kata putus. Tiba-tiba ada cadangan makan kat Kenny Rogers.
Tapi ada yang membantah cakap nak pergi Nandos. 
Akhirnya buat undi. Undi dibuat pada Excel dan share kat dalam satu folder . Pendekkan cerita, berlaku undi hantu. Sebab semua orang boleh modified Excel tu.
Ini ada satu cadangan. Kalau nak buat undi lepas ni apa kata guna online vote. Saya ada jumpa beberapa website yang boleh diakses dari ofis untuk kita buat undi secara tulus mulus.
Website twigs ni perlu kita daftar dulu sebelum nak buat poll kita sendiri.
Snappoll paling mudah nak buat satu undian. Tak perlu register,hanya masukkan butiran kemudian siap.
Misterpoll
Website ni jugak perlu daftar dulu sebelum boleh membuat poll.
Kali ni saya nak tunjukkan cara nak buat satu poll. Dalam post ni,saya guna Snappoll memandangkan ia cepat,mudah dan tak perlu mendaftar.
Step 1:
Taipkan soalan apa yang nak buat. Kemudian pilih bilangan jawapan yang nak diundi. Dalam contoh saya di sini ialah 2 ‘answer’ je iaitu Kenny Rogers dan Nandos.Klik Next.
Step 2:
Masukkan jawapan yang nak diundi iaitu Kenny Rogers dan Nandos. Klik Next.
Step 3: Masukkan ‘Title’. Apa-apa tajuk pun boleh, samada anda nak tunjukkan pada poll tu  atau tidak terpulang pada anda.Contohnya saya uncheck header. Pada Prevent Mulitple Poll, check kesemuanya jika satu orang satu undi. Klik Finish.
Step 4:
Website ni akan bagi satu link poll untuk anda. Jadi, klik Link tersebut.
Step 5:

Hasilnya, tadaa. Dah siap pun poll. Di sini, syarat undi ialah semua orang ada komputer sendiri macam kat ofis ke. Kalau kongsi komputer macam kat sekolah tak boleh la.

Tips mengurus icon dan fail di desktop

Hai,adakah anda suka meletakkan segala macam fail dan shortcut di desktop sampai nak penuh skrin tuh? Memang pening kalau nak cari satu-satu fail kat desktop tambahan lagi ada background image yang menenggelamkan icon-icon di desktop.

Kini, saya terjumpa satu cara untuk menguruskan icon dan fail di desktop. Apa yang kita perlu lakukan ialah muat turun perisian ni di sini.Nama perisian tersebut adalah Fences atau dalam bahasa Melayu -Pagar.


Selepas anda install dalam komputer, anda akan lihat seperti gambar di bawah. Jika anda pilih option Start Using Fences, perisian ini akan meng’group’kan semua fail,folder dan shortcut di desktop anda secara automatik.

Bagaimanapun, kita masih mempunyai pilihan untuk groupkan sendiri shortcut,folder dan fail di desktop mengikut kategori yang kita nak.

Step 1:
Klik kanan dan drag segi empat pada desktop.

Step 2:
Taipkan nama group fail.

Step 3:
Masukkan folder atau fail yang berkenaan.

Step 4:
Setelah semua shortcut, folder dan fail mempunyai kumpulan masing-masing, run program Fences tu.

Step5:
Pilih button Fences dan pilih Layout macam mana yang kita suka.

Step 6:
Kalau kita tak nak ada Fences kat desktop kita atau nak tukar nama group, klik kanan pada desktop dan klik Remove Fences atau Rename Fences.

Selamat mencuba!

Workshop: Menggunakan calculator Windows 7

Aplikasi Calculator dalam Windows 7 bukan sebarang kalkulator. Jika calculator Windows XP hanya mempunyai Standard dan Scientific, tapi kini mempunyai fungsi seperti Statistics dan Programmer. Ada beberapa jenis pengiraan yang boleh dilakukan oleh Calculator ni. Iaitu
  • ·         Standard
  • ·         Scientific
  • ·         Programmer
  • ·         Statistics

    Pada menu group yang kedua tu ada History dan Digit grouping manakala menu group yang ketiga ada Basic,Unit conversion,date calculation dan Worksheet. Pada menu Worksheet, submenunya ialah Mortgage,Vehicle Lease,Fuel Economy (mpg) dan Fuel Economy(L/100km).  
    Unit Conversion
    Klik pada menu View–> Unit Conversion ataupun Ctrl+U. Sebagai contoh, pilih type Length, From Inch, To Centimeters. Masukkan nilai pada textbox From =1. Secara automatik akan memaparkan nilai 2.54 pada textbox Centimeters. Maksudnya setiap inci mempunyai 2.54cm.
    Date Calculation 
    Fungsi ni untuk kira hari dalam satu jangka waktu. Sila klik pada menu View–>Date Calculation atau Ctrl+E. Kemudian pilih Calculate the difference two dates. Pilih tarikh mula dan tarikh akhir dan klik Calculate.
    Worksheet
    Fungsi yang ketiga ni lebih dekat kepada kehidupan sehari-hari seperti nak kira pinjaman, berapa banyak minyak untuk satu perjalanan dan lain-lain. Untuk itu, klik menu View–>Worksheet–>Mortgage. Ada empat pilihan calculation yang anda boleh pilih iaitu  
    • Down payment
    • Monthly payment
    • Purchase price
    • Terms (year)

    Sebagai contoh, pilih Monthly payment. Masukkan nilai seperti rajah di atas. Klik Calculate.Cuma Calculator ni tak sama hasilnya dengan Car loan calculator. Cuba lihat dengan rajah di bawah. Aku tak mahir sangat kiraan loan kereta di Malaysia ni. Jadi, no komen.

    Klik gambar untuk besarkan