Workshop:Bagaimana nak samakan Firefox setting dengan komputer lain

Situasinya begini. Katakan saya ada komputer PC dan juga komputer riba. Saya selalu guna kedua-dua komputer ni. Saya juga ada iPhone. Sebagai seorang pengguna internet, sudah semestinya saya ada masukkan bookmark pada mana-mana laman web di PC saya. Jadi, dekat komputer riba, saya juga mahu bookmark yang sama di PC. Juga sama di iPhone.

[Read more...]

Cara pantas menggunakan komputer tanpa mouse

Caranya ialah dengan menggunakan ‘shortcut key’ dalam bahasa Inggeris.Kadang-kadang, guna mouse ni pun lambat gak.Sebab Windows banyak guna butang-butang yang tersorok.

Contohnya nak lock komputer. Klik butang Start, lepas tu Arrow dan baru klik Lock(Windows 7/ Vista). Kalau kita nak terkucil sangat macam mana? Maklumla,kat ofis,kalau komputer tak lock takut ada orang sabotaj PC kita atau orang nak curi maklumat dalam komputer kita.Penting tu! Teknik ni hanya terpakai untuk komputer Windows OS sahaja.Untuk komputer iMac,mungkin ada cara lain.

[Read more...]

Workshop: Menukar setting dan UI Facebook dengan Better Facebook

Anda pernah tengok laman Facebook(FB) macam gambar di atas?Ya, sedah tentu tidak sebab hanya owner sahaja yang dapat tengok custom FB User Interface.Ini kerana saya menggunakan aplikasi Better Facebook. Better Facebook(BF) adalah extension percuma browser Firefox untuk memaksimumkan penggunaan setting dan UI Facebook agar kelihatan lebih cool di mata kita. BF ni boleh dikatakan anti-internet explorer sebab hanya IE sahaja yang tak ada extension BF.Tidak pasti Firefox 4 ni boleh guna extension ni ke tak.

[Read more...]

Tonton video tanpa putus dengan Multiparttube

Youtube mempunyai had durasi video iaitu selama 15 minit sahaja.Jadi,bagi sesiapa yang nak muat naik video perlulah pecahkan video mereka kepada beberapa bahagian.Namun,kini terdapat aplikasi iaitu Multiparttube yang membenarkan kita menonton video tanpa rasa video tu terpotong antara bahagian pertama dan kedua.

Multiparttube merupakan extension kepada Chrome iaitu browser Google dan hanya terdapat pada browser Chrome sahaja.Caranya mudah saja. Sila baca langkah-langkah seterusnya.

Langkah 1: Buka google Chrome dan cari Multiparttube di google. Anda akan jumpa laman seperti di bawah.Klik butang Install yang berwarna BIRU.

Langkah  2: Kemudian pop-up window akan keluar seperti di bawah. Klik Install.

Langkah 3: Selepas Install, cari Extension menu pada Tools untuk memastikan Multiparttube telah diinstall.

Langkah 4: Anda akan dapati multiparttube extension telah diinstall. Di sini, anda boleh uninstall balik jika tak memerlukannya lagi atau disable.

Langkah 5:Selepas itu, cari klip video yang terbahagi kepada bahagian-bahagian seperti contoh di bawah.Klik Play all video yang dipetakkan berwarna merah.

Langkah 6: Contoh setelah klik Play of <number> video.