Kini iPad dijual di pasaran Malaysia

Akhirnya iPad berada di pasaran Malaysia!Lama peminat-peminat Apple Malaysia menunggu. Ada yang sanggup pergi beli kat oversea. Terdapat dua jenis iPad iaitu iPad +Wifi dan iPad+Wifi+3G. Bagi harga iPad+WiFi:

  • RM1,549 (16GB)
  • RM1,849 (32GB)
  • RM2,149 (64GB)

Bagi iPad+WiFi+3G

  • RM1,999 (16GB)
  • RM2,299 (32GB)
  • RM2,599 (64GB)

Menurut the Star, dikatakan iPad yang jual di Malaysia ni  paling murah di dunia. Maxis pulak mengumumkan pelan data untuk iPad yang mempunyai WiFi+3G. Memang dijangka hot. Tapi tak lama lagi, iPad 2 akan keluar di Quater 1 2011. Apa ni! Kita baru dapat beli iPad 1 dah nak kuar iPad 2 lak.

iPad 2 ada USB?

Ada ura-ura yang mengatakan iPad 2 yang bakal keluar pada Q1 2011 mempunyai USB port untuk peranti external. Ura-ura ni datang daripada berita Economic Daily News yang menceritakan iPad 2 yang bakal mempunyai ukuran 7 inci sahaja dan mempunyai kamera depan dan belakang. Sama-sama kita nantikan kemunculannya.

Digital Lifestyle Expo 2010-KLCC

Aku fikir hujung tahun ni takde PC Fair III 2010 lagi dah. Sebab Pikom akan adakan satu event baru yang dinamakan Digital Lifestyle Expo 2010 bertempat Kuala Lumpur Convensyen Centre sebelah KLCC. Ini kerana tarikhnya adalah 10-12 Disember 2010 ni yang mana kebiasaannya tarikh ni PC Fair III berlangsung di KL. Acaranya sama besar dengan PC Fair cuma lokasinya hanya bertempat di Kuala Lumpur, tidak di negeri-negeri lain. Layari www.pikom.org.my untuk maklumat lebih lanjut.

Kedudukan Sistem Operasi (OS) di dunia

Mengikut WebUser, Windows XP paling ramai digunakan di komputer di seluruh dunia berbanding sistem operasi yang lain. Windows 7 yang boleh dikatakan baru diperkenalkan pun sudah mencapai 11.39 %, nombor 3 berbanding Mac OS X 5.36%.