Carbon Neutral Eco Village di Haiti berkonsepkan terumbu karang

Vincent Callebaut yang telah mengilhamkan Lilypad telah menghasilkan satu lagi projek konsep eco-utopian bagi penduduk Haiti.Reka bentuk bangunan adalah ilham daripada terumbu karang dalam bentuk matrik untuk 1000 orang keluarga.

Setiap rumah akan ada tempat untuk bercucuk tanam dan dipenuhi dengan ekosistem tropika untuk flora dan fauna.Tenaga yang dihasilkan di sini didapati daripada pelbagai sumber seperti ombak,vertical axis turbin dan solar.

Sumber:inhabitant

Tricky Waterfall Escher from Youtube

Waterfall Escher, dilukis oleh seorang artis berbangsa Belanda.Lukisan itu menunjukkan imej paradox di mana air mengalir dari bawah menuju ke atas dan menjadi air terjun dan kemudian mengalir semula ke atas sehingga menghasilkan infiniti cycle.(boleh rujuk wikipedia)

Ia boleh dikatakan rajah impossible triangle dan kalau kita tengok lukisan asalnya pun pening. Namun, bila munculnya Youtube, ada seorang mat salleh ni cuba membuktikan Waterfall Escher ni benar-benar terjadi. Jika kita tengok video tu, semuanya nampak begitu lancar sekali seolah-olah tiada sebarang penyuntingan video tersebut. Betul ke?

Jom layan video di bawah dan cuba tengok betul-betul, ia betul-betul tricky.

Macam mana dia buat?Teknik CGI ke?Tapi ni video amatur je.Ada antara komentar yang memberi jawapan yang menarik. Klik baca lagi untuk mendapat jawapan.

Pada pendapat saya,sudut video ini diambil memainkan peranan penting supaya ia nampak seperti Waterfall Escher.Apa yang diperlukan hanyalah memotong beberapa scene yang mungkin mengkantoikan video ni.Tak perlu guna teknik CGI atau shoot beberapa video.

Sumber asal: wonderhowto