Cara pantas menggunakan komputer tanpa mouse

Caranya ialah dengan menggunakan ‘shortcut key’ dalam bahasa Inggeris.Kadang-kadang, guna mouse ni pun lambat gak.Sebab Windows banyak guna butang-butang yang tersorok.

Contohnya nak lock komputer. Klik butang Start, lepas tu Arrow dan baru klik Lock(Windows 7/ Vista). Kalau kita nak terkucil sangat macam mana? Maklumla,kat ofis,kalau komputer tak lock takut ada orang sabotaj PC kita atau orang nak curi maklumat dalam komputer kita.Penting tu! Teknik ni hanya terpakai untuk komputer Windows OS sahaja.Untuk komputer iMac,mungkin ada cara lain.

Hari ni saya nak bagitau shortcut key yang penting je.Banyak sebenarnya kalau nak tau.Tapi kalau senarai semua tak boleh nak ingat.Saya skip shortcut yang biasa orang pakai macam copypaste,select all dan seumpamanya dalam program Office.

Windows Logo+L: Lock komputer tanpa perlu CTRL-ALT-DELETE.Jadi kalau nak lari ke tandas pun sempat lagi nak lock komputer guna shortcut key ni.


SHIFT-DELETE: Biasanya kita tekan butang Delete,ia akan masuk Recycle Bin.Tapi kalau guna Shift-Delete,terus delete selama-lamanya.Sesuai untuk orang putus cinta-delete gambar bekas awek/pakwe.Hehehe.

CTRL-TAB:Tukar property tab.Tab jenis ni biasa ada ni browser internet terkini macam IE9 atau Mozilla 3.6/4.0. Jadi,kalau mouse kita tak berfungsi tiba-tiba pun masih dapat pergi ke tab-tab lain.

CTRL-R: Nak buka Run dialog box.Masih ramai tak tahu betapa pentingnya Run dialog box ni.Nanti kita akan cerita.

Windows Logo+D:Minimize semua aplikasi yang sedang dibuka.Senang cerita;pergi ke Desktop dengan pantas.Sesuai orang banyak letak file kat Desktop.Bila kita buka aplikasi banyak-banyak,kan susah nak minimize satu persatu nak ke Desktop.Gunakan shortcut key ni.

F5:Refresh current windows.Ni sesuai jika kita tak jumpa butang Refresh kat browser kita.

F2:Rename objek.Tak perlu klik kanan dan cari menu Rename.

ALT-F4-Tutup aplikasi

2.Run Dialog Box
Taipkan shortcut name ni di Run Dialog Box.

mstsc- Remote Desktop-kat ofis biasa pakai

calc- Pakai calculator

service.msc -Buka services (biasanya jika nak tutup services yang tak pakai)

cmd -buka Command Prompt untuk tujuan ping atau ipconfig(check IP address komputer sendiri)

msconfig -untuk advance user yang mahukan kepantasan startup Windows OS nya.

control -buka control panel

Related posts:

  1. Part 2: Cara nak speed up Windows 7
  2. Part 1: Cara nak speed up Windows 7
  3. Tonton video tanpa putus dengan Multiparttube
  4. Tips mengurus icon dan fail di desktop
  5. 4 Cara nak layari internet dengan selamat

Speak Your Mind

*