Blogging secara offline dengan Windows Live Writer

Sentiasa dalam talian atau online merupakan syarat utama untuk blogging.Namun,selalukah kita online?Kalau balik kampung macam mana nak online selalu kalau internet hanya ada di bandar?Ataupun kita tidak selesa dengan browser kita yang agak lembab yang menyebabkan kita lambat menaip di online. Terdapat pelbagai cara nak blogging secara offline iaitu blogging tanpa internet. Macam mana anda menaip blog anda?

Macam saya,biasanya saya menaip di atas notepad dulu sebelum copy kat blog editor.Saya suka rangka isi blog secara offline dulu kerana kadang-kadang tidak semua ayat kita taip secara spontan tu mudah difahami.Biasanya saya akan review semula isi blog saya sebelum dimasukkan ke dalam blog.

Tapi cara menaip di atas notepad ada kelemahan di mana kita tak boleh lampirkan gambar.Namun,kerja kita akan lebih mudah kalau kita menggunakan Windows Live Writer(WLW). WLW direka untuk penulis-penulis blog menaip isi mereka tanpa perlu copy paste semula di editor blog.

Ia hampir serupa dengan Word document,tapi mempunyai kemudahan untuk maklumat Login blog kita.Ia menyokong pelbagai platform blog seperti WordPress,Blogger,Typepad dan lain-lain.Dalam contoh ni,saya cuba memasukkan isi ke dalam blog peribadi saya jafni.wordpress.com dan ternyata ia WYSWYG.Memang mudah!

Hasilnya di blog jafni.wordpress.com

Tapi jika kita telah mengubah login info seperti saya lakukan di post dahulu,maka WLW tak dapat berhubung dengan login blog kita sebab dah tak standard macam WordPress biasa.Tapi ia memang mudah digunakan seperti Word.Kedudukan gambar yang kita lampirkan di WLW akan dipaparkan sama di blog kita bila kita publish.Jika tidak dapat online,post yang kita taip masih selamat ada di komputer kita.Berbanding kita menaip di online,jika kita terputus talian internet,post kita tidak dapat disimpan dalam list blog kita.Boleh cuba.Ianya PERCUMA!Terdapat versi yang boleh diinstall di Windows XP,Vista dan Windows 7.Dapatkan disini.

'Kategori' di WLW sama dengan yang ada di blog online

Tetapkan akaun blog supaya mudah dipublish

Butang untuk publish isi kita ke blog

Sedang publish blog

Related posts:

  1. 3 blogging tool di alam maya
  2. Microsoft kembali dengan Windows 8
  3. Membaca komik dengan ComicRack
  4. Teamviewer-perisian screen-sharing yang awesome
  5. Youtube Live- live streaming service terbaru

Speak Your Mind

*