5 Perisian Percuma Yang Menarik untuk dicuba minggu ini

Zamzom Wireless Network Tool- Zamzom ini tak ada kena mengena dengan air zamzam. Tetapi sekiranya anda menggunakan wireless di rumah, perisian ini akan menyenaraikan pengguna wireless network anda. Berguna bila anda rasa ada orang lain yang curi-curi guna wireless anda.
Cobian Backup- Program ini akan backup fail dan direktori anda secara automatik dan berjadual tanpa menganggu kerja-kerja anda. Tiada spyware,virus atau adware. Dijamin oleh Softpedia. Kini sudah berada
Tabbles- Program ini menguruskan folder-folder anda tanpa perlu anda pindahkannya mengikut project-project yang sedang dilakukan. Versi percuma menghadkan anda tag 1000 files sahaja. Cuma requirement dia agak tinggi seperti .NET Framework 4 yakni yang terkini punya versi. 

CCleaner – Program ini membersihkan ‘unwanted’ files seperti yang terdapat temporary internet files hingga old automatic back-ups daripada aplikasi seperti Office and file sharing software. Dengan ter’delete’ fail-fail yang tak berkenaan, ruang hardisk pun dapat dijimatkan.
 

PhotoPlus SE- Perisian Percuma untuk editing gambar. Fungsinya sama seperti photo editing yang lain seperti tone adjustment,blurring,stained glass dan warping. Tetapi sesuai untuk editing gambar yang asas sahaja. Anda boleh dari cnet software download atau dari mana-mana website yang

Mari membeli lego di mybricks2u

Aku ingin beli mainan Lego untuk anak aku, tapi memandangkan anak aku masih di bawah umur 3 tahun, tak jadi la. Benda kecik-kecik ini takut budak kecil telan. Tapi aku terjumpa website khas menjual lego secara online ni. Mybricks2u, website menjual pelbagai lego mengikut kategori yang kadang-kadang, jarang dipamerkan di kedai mainan di Malaysia ni.

Sehingga sekarang (waktu blog ini ditulis), website ini update dengan lego-lego terkini. Bagi pengguna kredit kad atau debit Eonbank, mereka dapatlah diskaun yang menarik membeli di website ini. Ada lego yang dijual khas secara eksklusif untuk pemegang kad debit dan kredit eonbank.

Jadi, ini adalah peluang terbaik anda untuk menambah koleksi lego pada kadar harga yang lebih murah. Aku tau ada antara kita yang memang die hard fan lego ni. Bukannya nak main, tapi dijadikan koleksi peribadi. Kalau betul-betul nak murah, kena apply kad debit atau kredit eonbank. Kalau tak, harganya sama je dengan kat kedai mainan.

Tabung versi digital

Hari ni aku dapat hadiah sebab aku berjaya turun lebih 1 kg masa fitness challenge kat ofis aku. Sesiapa pun yang dapat turun 1 kg dapat gak hadiah ini. Memperkenalkan tabung digital, dilengkapi dengan password ala-ala peti besi tu. Siap boleh kira jumlah duit syiling yang masuk.Setakat ni penuh tabung tu dalam RM45 ringgit je.Takpe la.

Info Online alternative kepada tv3 dan surat khabar

Nasib rumah aku ada internet. Kadang-kadang tengok tv dan surat khabar, asyik-asyik berita satu parti tu je yang betul. Macam parti lain tak buat kerja. Bagi aku, aku suka tengok dua-dua, tv pun tengok, internet pun aku layan. Antara berita alternatif yang boleh kita layan :
• www.tvselangor.com
• www.selangorkini.com.my
• www.harakahdaily.net
• www.malaysiakini.com/bm
• http://www.tranungkite.net/v11/
Ada banyak lagi.Takut tak terlayan.Cukuplah apa yang ada ni. Dah terlalu banyak info pun.

Selamat datang

Hai, selamat datang ke blog saya. Blog saya ini akan menceritakan pelbagai info dan tips terkini kepada pengguna internet dan komputer. Saya suka untuk kongsi ilmu apa yang saya ada. Jom belajar dari jomsurf!