Asus Eepad Transformer-tablet ada keyboard

Asus Eepad Transformer merupakan tablet versi keyboard.Bagi sesiapa yang nak tukar laptop kepada tablet,mungkin Eepad Transformer sesuai untuk anda.Ini kerana,tidak semua aktiviti dapat dilakukan hanya dengan skrin sesentuh terutama menaip.Malah,sukar untuk menaip dengan pantas di keyboard maya di skrin jika nak dibandingkan dengan fizikal keyboard.

Eepad Transformer bersaiz 10.1 menggunakan pemproses 1Ghz dengan kapasiti hardisk 16GB.Mempunyai memori 1GB serta kamera depan 1.2MP manakala kamera belakang 5MP.Tablet ni boleh buat kerja multi-tasking,menyokong Flash serta bateri dapat bertahan 9.5 jam dan 16 jam jika dengan Eestation.Menggunakan OS Android Honeycomb 3.2 dan ada Wifi sekali.

Pendapat saya,spesifikasi Eepad Transformer menyamai tablet lain seperti Galaxy Tab.Apa yang memberi kelainan ialah harga sekali dengan keyboard dock lebih murah jika nak banding dengan Galaxy Tab atau lain-lain tablet.Berbaloi membelinya.Lagipun keyboard dia boleh cabut daripada skrin panel menberikan ia kebebasan kepada pengguna.

Buat masa ni,tablet digunakan untuk aktiviti ringan seperti membaca ebook,menaip dokumen,slide dan excel dan juga bermain games.Tablet masih belum boleh menggantikan laptop atau PC sepenuhnya sebab spesifikasi yang rendah,perisian terhad.Namun,mungkin akan datang ada perisian untuk buat kerja berat macam programming atau video editing atau photoshop.

Kedatangan tablet sekarang seperti zaman komputer peribadi mula diperkenalkan di mana hanya tugas-tugas ringan dapat dilakukan oleh PC manakala tugas berat diambil oleh mini komputer dan workstation atau mainframe.Kini istilah tu telah pupus disebabkan PC telah mengambilalih banyak tugas mini komputer dan workstation.

Setakat ni,saya tak jumpa port untuk sambungkan tablet dengan projector(untuk bantuan pengajaran dan persembahan).Jadi,kita kena tahu keperluan kita membeli tablet samada menggantikan laptop kita atau hanya sebagai koleksi gajet kita.Kini Asus Eepad Transformer sudah berada di pasaran Malaysia dan harga sekitar RM1798;murah Rm1 daripada iPad.

Related posts:

  1. HP keluarkan tablet TouchPad
  2. Korea guna tablet ganti buku teks sekolah
  3. Teamviewer-perisian screen-sharing yang awesome
  4. 2011- Dekad untuk tablet PC
  5. Senarai perisian asas paling penting selepas format komputer

Comments

  1. I’ve been surfing online more than 2 hours today, yet I never found any interesting article like yours. It is pretty worth enough for me. Personally, if all website owners and bloggers made good content as you did, the web will be a lot more useful than ever before.|
    I could not resist commenting. Perfectly written!|
    can I use this post on my website?

Speak Your Mind

*