Apa itu Ribbon pada Microsoft Office 2007 dan ke atas

Masa kita mula-mula Microsoft Office 2007,nampak tak menunya tidak lagi sama macam Office XP atau Office 2003. Ya,tau apa namanya? Microsoft menamakannya sebagai Ribbon. Ribbon direka untuk memudahkan kita mencari arahan-arahan dalam menyelesaikan tugasan kita. Semua arahan tu dikumpulkan dalam kumpulan logikal di bawah satu tab.

Apa kelebihannya? Ini yang saya nak cerita ni. Anda nampak gambar di atas? Ada ‘New Project’,'Common Deliverables’ dan lain-lain.Inilah kelebihan Ribbon. Kita boleh customize Ribbon ikut suka kita. Jika anda mahir menggunakan Access dan mampu membuat satu sistem menggunakan platform Access, Ribbon memberi kebebasan kepada pembangun sistem. Walaupun sistem menggunakan Access ni tidaklah advance seperti program Visual Basic 2008,tapi kelebihan customize Ribbon ni menjadikan sistem Access yang kita bina lebih efisen dan berfungsi seolah-olah dibina menggunakan advance programming.

Untuk belajar customize Ribbon di Access 2007 menggunakan XML, saya cadangkan buku Pro Access 2007 keluaran Apress atau mungkin versi 2010(kalau jumpa). Tapi untuk Word,Excel, boleh google mana-mana laman web tutorial berkenaannya. Ada juga buku RibbonX for Dummies khas untuk belajar customize Ribbon.

Related posts:

  1. Web-based office suites
  2. Cara mudah belajar programming di web Codecademy
  3. Cara nak sorok wp-login.php pada sesiapa yang guna WordPress
  4. Galaxy Tab digunakan sebagai alat pengajaran di sekolah
  5. Korea guna tablet ganti buku teks sekolah

Speak Your Mind

*