Apa dah jadi dengan Google+?

Google Plus ialah boleh dikatakan klon Facebook. Dulu, trafik Google Plus naik 1269% dalam masa satu minggu selepas dibuka kepada awam. Sebelum tu, invitation only. Kini, Chitika melaporkan data trafik Google Plus merudum teruk. Namun saya tak heran kenapa ini berlaku.

Kalau nak bandingkan Google Plus dan Facebook, kedua-dua sama. Jadi, macam mana pengguna Facebook nak tukar ke Google Plus hanya kerana antaramuka berbeza. Ia ibarat dua apartment sebelah menyebelah di mana satu apartment berwarna biru dan satu apartment berwarna putih. Takkan saya nak pindah ke apartment putih semata-mata warnanya? Nak pindah bukan senang, kita dah ada ramai rakan yang kita dah Add.

Setiap kali saya melawat Google Plus, perasaan sunyi sepi timbul macam Friendster (sekitar Jan 2011-Mei 2011 sebelum tukar kepada permainan sosial). Sunyi tanpa wall status. Macam ghost town pun ada. Saya je yang rajin tulis. Hahaha. Menurut satu analisis, 48% pengguna Google_ tidak pernah buat post kat status.

Facebook lak pandai. Bila tau Google Plus nak naik, masa tu la dia tambah macam-macam fungsi kat laman dia. Yang terbaru ialah Ticker dan Timeline. Mula-mula orang bencila Facebook asyik tukar2 je, lama-lama orang buat kerja macam biasa. Cuba fikir apa yang Google Plus ada Facebook takde?

Google+ ada new feeds, Facebook ada gak
Google+ ada wall status, Facebook pun ada
Google+ ada Circle, Facebook dah lama ada-guna List.
Google+ ada privacy, Facebook takde.Ha, ini je bezanya. Tapi privacy Facebook, kita boleh customize.

Sanggupkah anda tinggalkan Facebook semata-mata Google Plus? No-no-no, susah nak tinggalkan. Walaupun Google Plus nampak bersih dan suci, tapi konsepnya sama macam Facebook. Tetapi Facebook lebih daripada bersosial dan berkenalan. Ia boleh digunakan oleh pelbagai golongan dan peringkat sosial tak kira ahli perniagaan, pelajar, orang yang suka berjemaah, artis, syarikat,orang yang sukakan games,pembangun aplikasi dan games, jurufoto dan lain-lain.

Related posts:

  1. Google+, social network terbaru daripada Google
  2. Google Plus dibuka pada orang ramai
  3. Google+ kini mungkin ada Games
  4. Akhirnya dapat gak daftar Google+
  5. 5 video penerangan tentang Google+

Comments

  1. Juan says:

    setuju

Speak Your Mind

*