Aktifkan Timeline Facebook Developer Release

Saya pernah tunjukkan saya punya new profil iaitu Facebook Timeline pada post yang lalu. Tak tau bila Facebook nak launch sebab Facebook sedang menghadapi saman oleh syarikat Timelines.com di mahkamah. Tapi masa saya aktifkan Timeline ni, Facebook letak info Timeline akan go live 22 Oktober ni. Timeline Facebook yang saya buat ni adalah developer release. Ia hanya boleh dilihat oleh developer Facebok sahaja. Rakan-rakan dalam Facebook pun tak nampak kita punya profil Timeline. Ni macam syok sendiri profil la. Hahaha.

Facebook Timeline merupakan perubahan besar yang dilakukan oleh Facebook terhadap profil kita. Ia memaparkan sejarah sejak kita lahir sehingga sekarang. By default, ia memaparkan log aktiviti kita, apa yang kita telah komen, kemaskini gambar sejak menggunakan Facebook. Rekabentuk laman Timeline ni memudahkan kita menjejaki status-status lama kita.

Dari Timeline ni la saya tau bila saya mula ber’Facebook’ dan siapa rakan-rakan awal saya. Namun, fikiran kita mungkin terganggu jika terdapat komen2 cinta lampau. Ops! Jadi, kalau anda aktifkan sekarang, sekurang-kurangnya bolehlah delete sebelum Facebook Timeline ni go-live dan boleh ditengok oleh rakan2 kita. Jom cuba aktifkan Timeline mengikut langkah yang saya berikan di bawah. Langkah ni agak teknikal tapi masih boleh cuba. Tak perlu takut.

Langkah-langkah untuk aktifkan Timeline Facebook
1. Login ke Facebook
2. Pergi ke link ni.

3. Buat aplikasi baru dan taipkan apa-apa nama dan namespace yang sesuai dan masih boleh dipakai. Baca dan klik Agree dan klik Continue.


4. Klik Open Graph dan semua maklumat akan dipaparkan.


5. Pada laman ni, taipkan apa-apa nama dan Save Changes and Next. Next. Next.


6. Tunggu dalam beberapa seketika dan anda akan dapat invitation. Klik Get It Now.


7. Dah selesai. Pergi profil anda  dan Add a Cover. Klik Publish.

https://www.facebook.com/about/timeline

Related posts:

  1. Apa itu Subscribe di Facebook?
  2. Promo Facebook Timeline
  3. Workshop: Cara nak Disable Auto Tag Photo di Facebook
  4. Workshop:Pagemodo-aplikasi mencipta welcome page Facebook
  5. Cara nak delete album di Facebook

Speak Your Mind

*