5 tips blogging yang baik

Selain Facebook,blog juga tergolong daripada kategori media sosial.Ini kerana pembaca boleh berinteraksi dan saling bertukar pandangan dengan penulis blog. Secara tak langsung ia membina hubungan yang baik di antara pembaca,penulis blog dan tukang komen yang lain.Menulis blog ni ibarat menanam pokok.Pokok tidak akan membesar dalam satu malam.Ia perlu disiram setiap hari dan dibaja jika perlu supaya ia membesar dengan baik dan dapat menghasilkan buah yang banyak dan berkualiti.Pendek kata kena sabar dalam melihat hasilnya.Berikut 5 tips blogging:

Isi kandungan berkualiti
Cara terbaik untuk menarik minat pelawat yang baru datang ke blog kita ialah sentiasa menulis isi blog yang berkualiti.Tips ni memang payah dan kita perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai yang kita tulis.

Pengumuman
Selepas tu,bolehla kita umumkan ‘Check out my blog!’ di Facebook atau Twitter(kalau post kita menarik,tentu orang datang).Apa yang penting ialah membina hubungan baik dengan pembaca2 kita dan elakkan post yang kontroversi.

Tags dan label yang sesuai
Selain tu,gunakan tags atau labels sebaik mungkin dan bersesuaian dengan topik blog kita.Dalam 5 ke 10 tags sudah memadai,jangan banyak sangat.Tags juga boleh meningkatkan carian post kita di enjin carian.Kalau boleh,masukkan feature Related Post atau Recommended Post di blog kita.

Baca dan komen
Kalau kita rajin ke blog orang,berikan sedikit komen.Kalau tak ada idea nak komen,jangan sekadar komen ‘Nice post!’.Bagaimana anda komen wall orang di Facebook begitulah hendaknya di blog.

Rajin menulis
Part ni paling payah sekali terutama isi yang agak berilmiah dan berkualiti.Kalau kita full time blogging ok.Kalau part-time,mungkin boleh buat hujung minggu(sekali harung),kemudian jadualkan post kita mengikut tarikh.Ini dapat mengelakkan kita tertinggal post dalam satu hari terutama masa kita sibuk.Kalau hari-hari kita post,tentu pembaca kita akan ternanti2 setiap hari ibarat menanti bunga ros setiap hari di meja.

Related posts:

  1. Tips Memilih nama yang baik untuk produk atau domain
  2. 8 tips yang cool tentang Facebook status
  3. Cara nak sorok wp-login.php pada sesiapa yang guna WordPress
  4. Trick laman web yang kadang-kadang menganggu dan ada yang menarik
  5. Tips guna smartphone dengan berhemah dan jimat

Comments

  1. InsyAllah saya cuba (^_^)

Leave a Reply to snake shakiss Cancel reply

*