5 Aplikasi Percuma Ecommerce untuk Peniaga Internet

Kini perniagaan internet kian berkembang pesat di Malaysia. Rata-ratanya menggunakan blog dan Facebook untuk menjalankan perniagaannya. Cara beroperasi ialah dengan menghubungi penjual melalui mesej Facebook atau telefon dan juga email. Cara ni agak tradisional tapi inilah yang diminati oleh rakyat Malaysia.Namun, jika sudah berkembang,kaedah ini tidak lagi relevan.Terima kasih kepada Open Source kerana kita masih mempunyai pilihan untuk membuka kedai online secara percuma tanpa perlu tahu sebarang programming. Cuma apa yang kita perlu tahu ialah belajar cara nak install dan setting dalam hosting.

VirtueMart
Ini adalah sistem ecommerce untuk Joomla dan Mambo.Mempunyai banyak feature seperti pengurusan stok sehinggalah ke pertukaran wang.VirtueMart menyokong pemprosesan kad kredit secara langsung dan payment gateway yang terkenal.

oSCommerce
oSCommerce merupakan antara yang terkenal dan paling lama dalam kategori aplikasi ecommerce percuma.Ia menyokong pelbagai bahasa,mesra SEO dan mempunyai banyak pilihan dalam pemasaran dan sokongan sistem payment gateway.Ia juga mempunyai banyak tema percuma dan berbayar.

Zen Cart
Zen Cart merupakan open source shopping cart software.Aplikasi ni mudah diinstall dan digunakan.Zen Cart menyediakan antaramuka navigasi untuk pelanggan. Carian juga boleh dikecilkan kepada kategori dan harga.Manakala produk boleh ditunjukkan sebagai list,grid atau galeri.

WordPress E-commerce Plugin
Bagi pengguna WordPress,plugin ini memudahkan kerja anda sebagai peniaga internet.Jika sesiapa yang pernah menggunakan WordPress, semua feature terbaik WordPress sepeti pengurusan isi kandungan,integrasi plugin dengan sistem masih boleh digunakan secara maksimum seperti butang Share iaitu butang untuk rangkaian sosial,tema wordpress yang mudah dimanipulasi mengikut kehendak kita.Plugin ini boleh dintegrasi dengan Google Checkout,Paypal dan banyak lagi.

Magento
Ini merupakan ecommerce yang mempunyai features yang hebat sama ada di peringkat pengguna mahupun peringkat admin.Menyokong pelbagai bahasa dan boleh mempunyai banyak kedai yang hanya diuruskan oleh seorang admin sahaja.

Related posts:

  1. Aplikasi Facebook vs iPhone vs Android
  2. 3 blogging tool di alam maya
  3. 5 Perisian Percuma Yang Menarik untuk dicuba minggu ini
  4. BERSIH 2.0: Pengaruh internet dalam politik semasa
  5. 8 tip mudah untuk hidup yang mewah

Speak Your Mind

*