3 website komik editor yang menarik minggu ini

Masa saya sekolah rendah dan menengah dulu, saya suka melukis komik/kartun.Antara jenis komik saya lukis seperti bola sepak dan kungfu. Komik Kungfu dilukis masa tu sebab terpengaruh dengan komik HongKong yang begitu feymes seperti Dewata Raya, Alam Perwira dan lain-lain. Komik bola sepak dihasilkan berdasarkan minat saya terhadap sukan tu.

Selepas PMR, saya makin kurang melukis dan akhirnya sukar untuk melukis balik.Kini, zaman teknologi telah mengubah segalanya.Kalau kita tak pandai melukis tapi ada idea yang baik, masih boleh berkarya.Bezanya,kita tak lagi menggunakan pensil atau pen.Kita gunakan website untuk buat kartun.

Strip Generator
Strip Generator membenarkan pelayar website untuk mencipta jalan cerita kartun berdasarkan karakter yang disediakan oleh website ni. Kelebihan Stript Generator ni ialah pengunjung tidak perlu mendaftar untuk buat skrip kartun. Karakter-karakter yang disediakan oleh website ini juga agak unik.

Namun, karakter ini terhad dari segi pergerakan. Apapun, bagi yang suka buat skrip kartun, limitasi ni merupakan satu cabaran dan memerlukan kreativiti yang tinggi untuk menghasilkan jalan cerita yang boleh difahami oleh pembaca.

ToonDoo
ToonDoo mempunyai banyak karakter. Malah, ia menyediakan latar belakang untuk scene yang ingin kita reka. Cara nak daftar pun mudah, tak perlu activate selepas mendaftar. Daftar dan terus boleh guna. Selain menggunakan karakter yang telah disediakan, kita boleh menggunakan karakter yang kita cipta sendiri. Contohnya macam kartun Ipad saya hari tu. Hanya perlu upload ke ToonDoo.

Pixton
Jika anda suka mereka karakter kartun sendiri, Pixton merupakan pilihan anda. Kita boleh buat muka bentuk bujur ke, bulat ke, gemuk ke sehingga kepada pergerakan karakter tersebut. Pixton lebih fleksibel namun juga macam ToonDoo, perlu mendaftar terlebih dahulu dan activate pendaftaran kita.

Related posts:

  1. Website minggu ini-Online Photo editor
  2. 5 Perisian Percuma Yang Menarik untuk dicuba minggu ini
  3. Website pilihan minggu ini- www.makeuseof.com
  4. Check update untuk website kegemaran
  5. Tentukan masa anda melayari website

Speak Your Mind

*