2011- Dekad untuk tablet PC

Sejak Apple melancarkan iPad, semua pemain industry elektronik berlumba-lumba memperkenalkan tablet  seumpama IPad. Seolah-olah setiap dekad ada berlaku revolusi teknologi. Masa awal 90-an, pada masa tu PC atau Personal Computer semakin mendapat tempat di hati pengguna, internet mula diperkenalkan. Perisian OS seperti mendapat sambutan sehingga menjadikan Bill Gates terkaya selama beberapa tahun.

Dekad 2000-2010,hanphone dan laptop mula mendapat tempat. Masa tu, pelajar university pun mampu pakai hanphone. Sekarang ni bukan je pelajar, budak kecik pun ada hanphone. Daripada hanphone takde warna sampai ada warna. Kini, laptop pun mampu dimiliki berbanding awal pengenalannya.
Bukan zaman dekad 2000-2009 takde tablet,tapi tak mendapat sambutan. HP pernah perkenalkan tablet. Tapi masa tu orang tak rasa ada keperluan sebab pada masa tu PDF tak berapa popular dan

orang tak suka baca ebook. Malah, Amazon telah lama perkenal ebook reader mereka sendiri sebelum IPad lagi iaitu Kindle.

Tapi Apple telah melakukan sesuatu yang menakjubkan semasa mula-mula memperkenalkan iPhone. Walaupun terdapat handphone yang telah menggunakan touch screen, tapi tak syok dan cool sebab kena pakai pen touch. Tapi iPhone membenarkan pengguna pakai jari sendiri dan yang syoknya bila touch tu boleh drag skrin, besarkan dan kecilkan gambar guna jari,tukar landscape background berdasarkan posisi handphone dan macam-macam la.
Selepas kejayaan iPhone, barulah Apple keluarkan versi besar punya iaitu iPad. Kini, di Consumer Electronic Show (CES) yang sedang berlangsung di US menyaksikan banyak syarikat komputer telah memperkenalkan tablet. Macam hanphone masa mula-mula keluar dulu lak. Kebanyakan tablet pesaing menggunakan perisian Android OS.
Tidak lupa juga dekad terbaru ni banyak LCD monitor versi 3D mula diperkenalkan selepas kejayaan filem Avatar. Apapun persaingan semakin sengit. Pasti ada yang tersungkur selepas gagal bersaing. Bagus juga, lepas ni semua orang mampu beli iPad atau tablet. Tak perlu lagi bawa buku ke sekolah.     

Related posts:

  1. Tips untuk mengelakkan diri terkena Online Scams atau Caller Scams
  2. Review tentang Galaxy Tab
  3. Galaxy Tab catat 1 juta jualan di US
  4. Cara nak skip waiting time untuk free download Rapidshare
  5. Kini iPad dijual di pasaran Malaysia

Speak Your Mind

*