13 ancaman terkini website

Internet merupakan pusat maklumat tidak bertepi. Berjuta-juta website terdapat di internet dan sudah tentu ada bahaya yang menanti jika kita sendiri tidak tahu apa dia ancaman yang mendatang. Sebagai pengguna novis, biasanya kita install perisian antivirus untuk menangkis ancaman.
Tapi sedikit sebanyak kita kena tau apakah ancaman itu supaya kita tak tersalah muat turun perisian. Sebelum tu, saya nak bagitau kenapa kita kena elak ancaman tu. Semuanya disebabkan keselamatan data. Contoh maklumat yang perlu dilindungi ialah
  • ·         Maklumat peribadi seperti nombor kad kredit
  • ·         Gambar peribadi yang tidak boleh ditengok
  • ·         Hasil karya seperti penulisan,seni grafik,video,skrip
  • ·         Dokumen peribadi seperti slip gaji (kalau pdf),tesis yang belum dipresent,kertas kerja bida projek
  • ·         Email
Banyak lagi contoh yang anda sendiri boleh kategorikan. Di sini saya senaraikan dari mana bahaya tu datang.
1.Email Inbox
Kalau dapat email daripada sesiapa pun, pastikan tidak sukahati klik pada link yang diberikan kerana mungkin link tersebut pergi ke laman web bervirus ke. Sape tahu kan? Ataupun anda dapat attachment yang mencurigakan.
2.Torrent sites
Bagi orang yang kaki download, torrent  site memang syok sekali. Tapi syok-syok pun ada bahayanya jugak. Sebab torrent ni peer -to-peer sharing memang terdedah kepada virus,spyware dan malware.Mengikut kajian, torrent dikatakan bahaya kerana tiada business model atau architecture khas untuk lindungi pengguna. Semuanya bergantung pada kepercayaan. Kalau boleh, gunakan PC kedua untuk memuat turun menggunakan torrent-iaitu PC yang tak digunakan untuk buat kerja.
3.Website yang menggunakan Adobe Flash
Rupanya Flash telah mendatangkan bahaya. Bahaya berkenaan dengan Flash cookies. Flash cookies ni track laman web yang kita lawati sama macam cookies laman web. Tapi jika cookies laman web kita delete, cookies Flash tidak terdelete sama. Jadi pastikan Flash plug-in anda sentiasa up-to-date.
4.Short links pada twitter
Saya tak pernah bertwitter tapi saya selalu baca twitter orang. Kadang-kadang ada link kat tweet tu kan. Short link. Seperti email inbox juga, jangan klik sukahati pada link yang diberikan. Boleh jadi virus Trojan. Jangan risau,kita masih ada jalan selamat. Gunakan tweetdeck.com iaitu aplikasi klien untuk twitter. Kat situ kita boleh nampak full URL yang diberikan (apa yang saya baca). Tak pun guna tinyurl.com/preview.php.
5.File PDF yang bervirus
Dulu kita sangka PDF ni selamat namun kelicikan penjenayah ni, PDF pun boleh menjadi bahaya. Mungkin sebelum PDF tu dicipta daripada satu dokumen, ia telah dilampirkan dengan bugs atau malware.  Tapi Adobe telah mengesan kejahatan mereka dan berusaha menghasilkan update terkini Adobe PDF yang selamat digunakan. Jadi, rajin-rajinla update Adobe PDF.
6.Search results
Saya pernah ada pengalaman cari laman web berdasarkan satu perkataan tu(tak ingat apa) tapi hasilnya memang hampeh; kebanyakan top ranking tu ntah apa-apa ntah je. Saya kategorikan ntah apa-apa ntah tu berdasarkan link yang diberikan. Bukannya jenis .com atau .net.
7.Perkongsian di laman sosial
Kadang-kadang kita ni terlebih kongsi, semuanya nak tunjuk kat laman sosial. Kongsi maklumat peribadi, gambar,perasaan dan macam-macam la. Ada setengah tu siap tunjuk pegang duit banyak-banyak. Bahaya kot.
8.Aplikasi facebook
Terdapat beribu-ribu aplikasi laman sosial terutamanya Facebook. Tapi awas, jangan sukahati guna aplikasi tu. Kalau anda perasan, bila kita nak guna sesuatu aplikasi, ia akan mintak untuk akses maklumat peribadi anda. Boleh katakan semua aplikasi nak akses maklumat peribadi kita. Jadi, untuk keselamatan jangan ambil kuiz ntah apa-apa ntah.
9.Advertisement sites
Ada sesetengah ads-site tu dikategorikan sebagai bervirus atau ada malware atau scammer. Scammer ni pencopek duit di alam maya. Amik duit tapi barang takde. Tapi tak semuanya gitu. Ada yang nak niaga sungguh dengan letak iklan di laman web tu. Cuma kita sebagai pengguna kena berhati-hati jela.
10.Media players
Seperti PDF jugak, media players yang menjadi plug-in kepada browser juga terdedah kepada ancaman. Contoh media player ialah Quicktime. Jadi, langkah terbaik ialah sentiasa update media players anda dan dapatkan patch terbaru dari laman web berkenaan.
11.Laman Porno
Laman porno..hmm,tak boleh nak cakap apa. Tempat berkumpul bermacam kejahatan. Jadi, memang ada potensi memberi ancaman.
12.Codecs Ntah Apa-apa
Biasanya kalau kita muat turun video dari youtube kea tau seumpama dengannya, kita memerlukan codecs untuk membolehkan kita menonton video tersebut menerusi media player. Pilihlah codecs yang mempunyai reputasi seperti vlc ke divx ke. Kalau codecs yang kurang reputasi tu takut ada malware.
13.Drive-by download
Maksudnya masa download tu, malware tu menyelinap masuk sekali dalam PC kita.
PS: Saya terjemah ‘ntah apa-apa’ dari perkataan BI iaitu malicious. Sentiasa update antivirus atau security patch Windows kita. Kalau guna pirated Windows tak dapatla kot.

Related posts:

  1. Trick laman web yang kadang-kadang menganggu dan ada yang menarik
  2. Check update untuk website kegemaran
  3. 3 website komik editor yang menarik minggu ini
  4. Tentukan masa anda melayari website
  5. Tips nak cipta ‘strong password’

Speak Your Mind

*