10 Tips ubahsuai Facebook yang mungkin kita tak tahu

1. Sorok news feed yang kita tak nak
Kadang-kadang ada kawan-kawan kita yang suka update status setiap jam sekali menyebabkan status update kawan-kawan kita yang lain pun terjumpa.Biasanya kawan-kawan kita yang berniaga internet ni la.Caranya mudah saja. Klik pangkah pada status update dia dan kita akan jumpa Hide all by <nama kawan>.Kalau orang tak dikenali, ‘Mark as spam‘ je.

2. Kategorikan senarai kawan-kawan
Cuba anda perhatikan profile kecil kita di laman Home dan ada link untuk Create Group. Itu bukannya nak cipta group page,tapi untuk kategorikan kawan-kawan kita.

Selepas klik Create Group, masukkan maklumat Group kawan-kawan kita. Pilih Privacy Setting untuk Group kawan kita.
Kemudian, pergi ke Account–>Edit Friends. Anda akan jumpa group yang telah cipta di sebelah kiri laman.
Selepas itu, tetapkan kawan-kawan mengikut group yang telah dicipta.
3.Tapis new feeds mengikut kategori
Selepas cipta group, kat new feeds tu bolehla kita tapis mengikut kategori kawan-kawan dan kategori yang telah disediakan oleh Facebook.

4. Buang notification Facebook dari email kita
Anda pergi semak email yang anda daftar di Facebook. Bagaimana?Banyak email dari Facebook bukan?Itu hanya Notification dari Facebook bila gambar anda ditag,atau ada komen,status update dan lain-lain. Untuk mengelakkan inbox kita penuh, pergi ke Account–>Account Settings dan pilih tab Notifications.

Uncheck checkbox anda untuk mengelakkan dapat email daripada Facebook. Pilih yang mana penting sahaja.
5.Sorokkan status  update kita
Status update kita boleh ditetapkan paparannya samada hanya untuk kawan-kawan atau awek sendiri atau tak nak mak kita tengok.

Kalau tak nak ada sesetengah kawan atau famili kita tengok status update kita, boleh pergi ke Customize–>Hide this From. Kemudian Save Setting.

6.Tetapkan privacy setting
Privacy setting ni yang selalu menjadi isu berkenaan dengan Facebook. Kita boleh tetapkan privacy mengikut apa yang kita nak. Pergi ke Account–>Privacy Settings. Kemudian, anda boleh klik pada customize settings.

7.Delete kawan daripada senarai
Sebenarnya ada cara nak delete kawan kita daripada senarai. Kalau anda mempunyai ramai kawan sehingga beribu-ribu mungkin anda tak perasan ada yang telah delete anda daripada senarai kawan. Caranya pergi ke Account–>Edit Friends.

Klik tanda X pada senarai kawan yang kita nak delete tu.
8.Customize senarai chatting di Facebook
Kadang-kadang tak semua kawan kita nak chatting. Mungkin dekat Facebook ni anda suka berchatting dengan famili je ke. Kita boleh tetapkan begitu. Klik chat pada bawah kanan laman web Facebook. Pilih Friend Lists dan pilih senarai yang kita nak lihat. (seperti rajah di bawah)

Jika anda tak suka chat di Facebook, anda boleh tutup di Options–>Go Offline.

9.Sorokkan gambar yang telah ditag di profile kita
Biasanya bila orang tag gambar kita, imej tu akan dipaparkan di profile kita. Kadang-kadang takde gambar kita pun(biasanya kita kena tag gambar barang yang dijual) sehingga menjejaskan profile kita. Gambar tu kita boleh sorokkan dengan klik X pada sudut atas kanan (Seperti rajah di bawah).

10.Paparkan kategori senarai kawan di ruangan profile Facebook
Walaupun kita dah kategorikan kawan-kawan kita tu mengikut sedap mulut kita je, tapi ia tidak ditunjukkan pada profile kita. Apa yang kita harus lakukan ialah pergi ke Edit Profile–>Featured People.

Pada senarai kawan kita hanya ada friends dan family. Jadi klik pada Add an existing list or group.

Satu tetingkap akan keluar. Pilih group yang kita nak paparkan pada profile kita dan klik Add.

Group kita akan nampak di sebelah kiri profile kita.

Ini memudahkan kawan-kawan kita nak cari kawan dia pada kategori kawan yang kita ada.Ada faham tak?

Related posts:

  1. 8 tips yang cool tentang Facebook status
  2. Menghasilkan profile Facebook yang lebih kreatif
  3. Tips membeli belah di PC Fair
  4. Tips mengurus icon dan fail di desktop
  5. Check update untuk website kegemaran

Speak Your Mind

*