10 laman tutorial photoshop yang menarik

Kini,kita boleh belajar photoshop dengan sendiri melalui laman web. Tak susah sebenarnya belajar photoshop. Yang penting kena ada kemahuan dan kesabaran.Yes,hari ni saya ada senaraikan 10 laman web tutorial photoshop yang boleh anda pelajari sendiri tanpa perlu ke kelas.

psd.tutsplus- Laman web yang tidak asing lagi. Pelbagai teknik yang ditunjukkan dalam laman web ini.Ada teknik yang percuma untuk dipelajari dan ada yang kena langgan(bayar).Takpe,tak rugi melabur sikit untuk ilmu.

smashingmagazine – Laman web ni bukannya semata-mata tutorial Photoshop, tetapi untuk pereka grafik. Jadi, selain Photoshop, terdapat juga tips,ikon dan sewaktu dengannya.

tutsarena – Laman web sangat menarik untuk dilawati kerana terdapat tutorial yang terperinci jalan ceritanya (pada pendapat saya).

sifoo – Dulu, sifoo merupakan laman web tutorial photoshop, tapi kini telah bertukar menjadi forum photoshop dan anda perlu daftar sebelum dapat menuntut ilmu dari sifoo.Ini laman web versi Bahasa Melayu.

planet Photoshop – Ini bukan planet yang berada di galaksi, tetapi laman web yang mengajar,info pasal Photoshop. Terdapat forum dan review seksyen untuk pereka menghadapi masalah mereka bentuk.

Photoshoptutorials – Laman web dari awal hingga akhir akan mengajar anda langkah demi langkah menghasilkan grafik yang ditunjukkan.

Photoshop Star – Laman web ni menyediakan banyak tutorial efek photoshop dan sangat menarik.

Photoshop Essential – Laman web style lama ni tidak ketinggalan dari segi skill photoshop nya. Laman web ni juga menyediakan tutorial dalam bentuk PDF. Namun, kita kena jadi ahli dengan bayaran bulanan $19.95. Tapi semua tutorial boleh dimuat turun.

Tutorialized – Laman web sebenarnya menyimpan koleksi-koleksi terbaik tutorial photoshop yang mana tutorial tersebut datangnya dari pelbagai laman web. Cuma headernya kepunyaan laman ini.

Photoshop Cafe – Laman web yang bakal meningkat naik. Memiliki forum untuk masalah dengan Photoshop dan menjual DVD untuk belajar sendiri di rumah.

Related posts:

  1. Trick laman web yang kadang-kadang menganggu dan ada yang menarik
  2. Laman web tutorial dan majalah percuma di PhotographyBB
  3. 3 website komik editor yang menarik minggu ini
  4. 5 Perisian Percuma Yang Menarik untuk dicuba minggu ini
  5. Perisian ebook yang menarik untuk dicuba minggu ni

Speak Your Mind

*